Seperti pesta gawai di Sarawak dan pesta Kaamatan di Sabah maka pesta yang hampir sama sering di adakan selepas mengetam padi di kg kami dalam tahun 40han dulu dan sekaran sudah tak ada lagi pesta ini di buat kerana melahirkan kesyukuran kerana limpah kurnia Allah kepada kami, pesta di sambut seperti berikut:-
1 Kenduri Beras baru,kampong kami adalah amat kecil kampung kami bernama Takil dalam yang terdiri 10 keluarga sahaja kenduri beras baru inu di adakan secara bergilir gilir diantara rumah masing masing supaya tidak bertembung antara satu sama lain
3 pesta menuba ikan.selepas musim menuai anak sungai menjadi kering maka orang kampong beramai rami turun kesungai menuba ikan,tangkapan nya di bahagi samarata antra peserta dan ada pula ykan besar seperti haruan danbujok di asingkan bagi membuat kuah laksa yang di ada kan, selalu nya di adakan di rumah aku lah keran atok ku ku adalah imam kg itu
4 bagi orang muda dan kanak kanak pesta main layang layang juga diadakan di
bendang yang telah kosong dari tanaman
5 Bintang ternakan juga berpesta kerana mereka tidak di tambat seperti biasa malah di lepas
No comments:
Post a Comment