Aku mulai persekolahan ku di masa pemerintahan jepun zaman kesusahan dan kelaparan,semua orang tak ada duit,jadi untok membayar gaji ustaz yang mengajar kami,ibu bapa kami berpakat menanam ubi di atas tanah kerajaan dekat sekolah seluas du ekar dan hasil nya di serah kpd ustaz dan terserah lah kepada ustaz untuk menggunakan ubi itu.
Begitu lah susah nya hidup di zaman pemerintahan jepun, kami hanya makan ubi kayu sebagai makanan asasi. Kami juga kekurangan ubat ubatan kerana pehak berikat telah membuat sekatan ekonomi terhadap jepun yang memerintah Malaya waktu itu. Jadi waktu itulah timbul nya pergerakan bawah tanah seperti MPAJA atau malayan people anti japanese army serta di bantu oleh force 36 yang berpengkalan di india.
Berbalik pada ubi tadi, oleh kerana terlalu banyak ubi yang di hasil kan terpaksalah ustaz meminta seorang pakcik tolong rebuskan ubi itu untuk makanan t/hari murid murid di sekolah ahmadiah. Ya lupa pula aku nak terangkan nama sekolh itu nama nya ialah MADRASAH AHMADIAH tak tahu pula aku kenapa di namakan demikian, aku tak lama bersekolah di situ kerana aku di pindahkan ke madrasah darul tarbiah bukit tiu.
Lain kali aku ceritakan sekolah baru dan kawan baru pula: jenab che lah bidah dan semail telah ku lupakan sampai sekarang.
1 comment:
This story must be from around 1945.
Post a Comment