2009-09-24

Tanam Ubi

Aku mulai persekolahan ku di masa pemerintahan jepun zaman kesusahan dan kelaparan,semua orang tak ada duit,jadi untok membayar gaji ustaz yang mengajar kami,ibu bapa kami berpakat menanam ubi di atas tanah kerajaan dekat sekolah seluas du ekar dan hasil nya di serah kpd ustaz dan terserah lah kepada ustaz untuk menggunakan ubi itu.


Begitu lah susah nya hidup di zaman pemerintahan jepun, kami hanya makan ubi kayu sebagai makanan asasi. Kami juga kekurangan ubat ubatan kerana pehak berikat telah membuat sekatan ekonomi terhadap jepun yang memerintah Malaya waktu itu. Jadi waktu itulah timbul nya pergerakan bawah tanah seperti MPAJA atau malayan people anti japanese army serta di bantu oleh force 36 yang berpengkalan di india.

Berbalik pada ubi tadi, oleh kerana terlalu banyak ubi yang di hasil kan terpaksalah ustaz meminta seorang pakcik tolong rebuskan ubi itu untuk makanan t/hari murid murid di sekolah ahmadiah. Ya lupa pula aku nak terangkan nama sekolh itu nama nya ialah MADRASAH AHMADIAH tak tahu pula aku kenapa di namakan demikian, aku tak lama bersekolah di situ kerana aku di pindahkan ke madrasah darul tarbiah bukit tiu.

Lain kali aku ceritakan sekolah baru dan kawan baru pula: jenab che lah bidah dan semail telah ku lupakan sampai sekarang.

2009-09-21

alam persekolahan

pagi itu nenek menyuruh aku mandi pagi pagi lagi,selepas mandi aku di pakaikan sepasang baju dan seluar baru dan aku di beri makan seketul ubi rebus,cepat makan panik zin sedang menunggu di pintu pagar,tanpa banyak soal aku terus kejalan besar,sampai dai jalan besar aku nampak abah sedang menunggu,aku mengikut saja mereka berdua tanpa soal,kerana aku di latih supaya tidak menyoal apa yang orang dewasa suroh,sampai di sebuah bangunan besa aku agak munkin lah itu sekolah, kami masuk kedalm nya,aku nampak setopa pakteh wel sudah berada di dalam nya, setopa mengajak aku dudok di samping nya, hari pertama aku dapat 3 orang kawan baru iaitu semail pakcu gas, hamat haji seman dan sukor tok haji esah hari pertama kami tak banyak belajar: cuma satu perkataan aku ingat iaitu arnabun ertinya arnab tengah hari nya selepas sampai kerumah aku di kerumuni oleh che lah mamat jenab dan bidah masing masing menanya soalan hingga tak lalu aku menjawab nya,tunggu dulu nanti aku mandi dan makan nasi boleh aku ceritakan hal di sekolah tadi sebaik saja aku mandi dan makan mereka datang berkerumun menanya itu dan ini aku tanya jenab bakpa mu tak say sekolah dia jawab malah aku aku jawab takpalah ore ttina takgi sekolah pun sebab nanti mu besar mu jadi bini aku biar aku sore kkija pera mu dan anak anak kita mu jong jaga anak dan masak masak nasi jah jenab terus berlalu dengan muka yang merah padam dia bagi tahu mak dia, mak dia jawab nasib baik mu boleh jadi cucu tok immam kerana atok memang tok imam,sedang waktu itu tok imam di pandang tinggi oleh masyarakat tapai aku tak jadi kawin dengan jenab.

2009-09-13

membesar di takil

aku tinggal bersama atok dan nenek di sebuah kampong yang bernama takil dalam seingat aku dalam kampong itu ha nya ada 6 buah rumah seaja atok ku bernama hj harun bin awang beliau adalah seorang imam muda bagi masjid mukim labok yang jarak nya 2 km dari rumah ka kami membawnmi imam tua mukim itu ialah tuan hj noh bin haj abd majid abang kepada hjh eshah bti hj ab majid ia itu nenek ku hidup kami di kg itu cukup harmuni aman dan damai semua orang dalam kg itu adalah pesawah apa yang paling menyeronok kami kanak kanak ialah ketika orang dewasa menysir tanah ketika itu kami beramai ramai mengikuti di belakang penyisir sambil menangkap ikan yang ter kena sisir itu kami membawanya kepada ibu atau kakak kami yang biasa nya memasak nasi di atas permatang sementara ayah atau abang kami pula mencari ulam yang tumboh liar di tepi sabah saya ingat lagi sejenis limau yang di panggil limau kerat lentang ia sungguh wangi bila di perah kedalam budu di camur ikan tawar dan di masukkan sedikit cili api serta dicecah dengan ulam yang boleh dapat dengan percuma.bila mengingati ini semua maka berlingan lah air mata merindui masa lampau yang ha nya boleh di ingati dalam kenangan sematamata saya percaya orang yang sebaya dengn saya di kg takel yang terdiri dari celah ,semail,mat min setopa bidah jenab dan sepiah,kalau masih ada dan terbaca tulisan ini akan
mempunyai perasaan yang sama,walau bagaimanapun kanak sekarang tidak munkin akan dapat
dapat menikmati nya wassalam