2010-09-19

Bola sepak

Aku dilahirkan di kg takil dalam Machang Kelantan pada 6/5/1933 dengan di bidankan oleh Tok Tahlil dari Batu Pahat dan Tok Mek sal dari Telaga Tujoh aku di besarkan oleh Atok dan nenek ku Hj Harun bin Awang dan Hjh Esah bt Hj Ab Majid kelebihan yg ada padaku kalau boleh di katakan kelebihan, iaitu aku dapat membaca Jawi dan Rumi dengan lancar seawal umorku 6 tahun,walau bagaimana pun aku taklah faham semua nya salah satu kesah yang aku paling minat ialah kisah peperangan antara Khalipah Yazid bin Muawiah dengan Syidina Husain bin Sayidina Ali bin Abi Talib dalam paparangan itu tentera sayidina Husain kalah dan Sayidina Husain sendiri di pancunga leher nya dan kepala nya diserahkan kepada Khalipah pula menyerahkan kepala itu kepada askar nya untok di tendang kesana kemari. oelhkerana pengetahuan itu aku dapati ketika umor kua terlalu muda maka ia nya telah menjadi suatu pengalaman yang abadi,sepertti kata pepatah Arab,pengalaman sewaktu kecil seperti melukis di batu,walaupun aku percaya bahawa cerita itu adalah tidak benar,tapi setiap kali terpandang bola,aku akan terbayang kepala Sayidina Husain dan tiap kali aku melihat orang menendang bola aku tasa macam orang itu menendnga kepala beliau sebab itu aku tak pernah menonton perlawanan bola walaupun diajak tapi aku tidak melarng anak cucukuku menonton nya,kerana aku tahu cerita itu ialah cerita Israilit

No comments: