2009-12-17
Menunai haji 2009
Saya telah menunaikan Fardhu Haji sekali lagi tahun ini. Kami akan berlelepas ke Madinah pada hari Rabu 21hb Oct 2009 dengan menaiki pesawat Saudi Airline SV 5006 dari KLIA ke King Abdul Aziz International Airport.
Lapor diri di Kelana Jaya jam 9.30 malam.
(1) Saya hj mohd shafii dan hjh patimah telah mendaftar untuk menunaikan haji dengan THTS pada tahun2006 dan kami di sahkan dapat mengerjakan haji melalui pakej delima THTS pada tahun 2009
(2) pada 21/10/2009 kami berlepas dari KLIA menuju ke Madinah dan sampai di Madinah 8jam kemudian.
(3) di Madinah kami di tempatkan di hotel Movin Pick di hadapan masjid
nabawi (ada gambar)
(4)selepas 9 hari berada di Madinah kami berlepas ke Makkah dengan
memakai iharam dan berniat ihram di Bir Ali, di Makkah saya di tempatkan
di bilik 406 hotel Sevill Barakat bersama 5 orang jaemaah yang terdiri dari
dari kiri Hj meor,Hj Suhaimi Hj Shafii Hj Musa Hj Zaki & Hj Megat
di akkah pehak THTS mengada kan ceramah bimbingan tiap tiap hari secara
bergilir di kalangan 3000 orang jamaah pakej Delim THTS
(5) Ceramah di jalankan bawah bimbingan di bawah bimbingan ustaz Zahri Awabg
dar Tabung Haji serta ustaz Zamri Zainal Abidin dari Radi Aikim menekala jemaah
wanita pula di bimbing oleh Ustazah Yaminah dan beberapa ustazah lain
(6)pada 8 Zulhijjah kami di bawa ke padang Arafah di sana kami di bimbing
oleh petugas THTS cara bermunajat dan mendenga khutbah arafah yang di baca oleh
ustaz Zahri.lepas itu kami di bawa ke Muzdalifah. di Muzdalifah saya
di serang demam yang agak terok sehing terpaksa di usong menaikki bas untok ke Mina di Mina demam ku masih belum kebah jadi terpaksala isteri saya melontar jamrah bagi pehak saya
(7)Sampai di Makkah pada malam itu saya turun kesurau jam 3 pagi berssembahyang
isya bila saya nampak jalan menuju Masjidil Haram agak lengang saya
terus ke Masjid untuk melakukan Tawaf Haji,bila balik dari tawaf saya terjatuh di tepi jalan kerana keletihan nasib seorng pemuda bernama Shazali Kedah melaluli dan mengambil Kerusi roda dan membawa saya balik ke hotel
pada 4/12/09 kami berlepas dari Jeddah dengan meniki Saudi Airline dan Sampai di KLIA 8 jam kemudian
Subscribe to:
Posts (Atom)